MEREKA YANG REBAH
Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Rabu, 12 Disember 2018
Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah,rokok,inhalan,alkohol dan HIV/AIDS akan sampai kepada warga sekolah. Manual panduan pengurusan ini dijangka dapat membantu pihak sekolah untuk melaksanakan program PPDa disekolah dengan jayanya.
1. VISI
SEKOLAH BEBAS DADAH
2. MISI
Melaksanakan program bagi melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
3. MATLAMAT
3.1. Supaya murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan keinsafan tentang penyalahgunaan dadah di kalangan warga sekolah.
3.2. Bersama-sama menjauhi dan menentang ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS dengan meletakkan sasaran “SEKOLAH BEBAS DADAH”
4. OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
4.1. Cemerlang dari segi sahsiah
4.2. Membina ketahanan diri dan jati diri
4.3. Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan program PPDa di sekolah-sekolah
USAH BIARKAN MASA BERLALU PERGI
DALAM MENITI RANJAU BERDURI
WAWASAN NEGARA
KEKAL WAJA BINA BERSAMA
HARAPAN SEMUA
ANAK-ANAK BANGSA
KAMI SIHAT
KAMI HEBAT
KAMI KUAT
KAMI TEKAD
TANPA MU
DIRI BEBAS MERDEKA
TANPA MU
HIDUP RIANG CEMERLANG
TANPA MU
NUSA BANGSA GEMILANG
TANPA MU
NEGARA PASTI TERBILANG
KITA BERSATU
KITA BERPADU
KATAKAN…….LAUNGKAN
“KAMI BEBAS DARI DADAH”
0 ulasan "MEREKA YANG REBAH", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan